Apa itu GKW?

..


GKW adalah singkatan daripada, Geng Koya Warak yang merupakan persatuan ANTI-STRESS yang ditubuhkan oleh beberapa pelajar GUA3 SM IMTIAZ yang merasakan diri mereka diselubungi perasaan stress yang amat sangat sehinggakan berlakunya beberapa kes yang tidak diingini...
Alhamdulillah, persatuan ini telah memberikan banyak manfaat kepada para pelajar IMTIAZ yang sememangnya  tahap STRESSnya sangat serius sehingga boleh dikatakan, jika pelajar itu boleh jadi THE HULK, dah lama dah mereka jadi....

GKW mula ditubuhkan pada 3 MAC 2009.Idea untuk menubuhkan persatuan ini bermula apabila seorang pelajar perempuan (banat/muslimat) SM IMTIAZ BESUT, atau yg dikenali sebagai PKP telah bersuara tentang sikap KOYA WARAK yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar IMTIAZ BESUT. Kesedaran tentang kebenaran perkara tersebut telah menimbulkan idea yang tidak penah dipikir oleh prang lain sebelum ini...iaitu untuk menubuhkan persatuan ANTI-STRESS yang bernama.....GENG KOYA WARAK.....

Kata sepakat untuk menubuhkan persatuan ini dibuat oleh beberapa orang pelajar TINGKATAN 3 atau lebih dikenali sebagai, GENERATION OF ULUL-ALBAB 3 (GUA3). Persatuan ini semakin lama semakin aktif. Ahli-ahli GKW berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebarkan persatuan ini.

Tujuan utama blog ini ialah untuk memaklumkan segala aktiviti atau perkara-perkara yang berlaku di dunia ini. Selain itu, blog ini juga dilengkapi dengan ilmu-ilmu tambahan untuk bekalan semua ahli di akhirat kelak.

Blog ini dicipta khas untuk ahli-ahli GKW dan sesiapa sahaja yang rasa berminat untuk menyertainya. Tetapi, ia dikhaskan kepada pelajar-pelajar SM IMTIAZ BESUT terutamanya GUA3 yang sudah berpecah mengikut haluan masing-masing. Segala isi blog ini boleh dikatakan kesemuanya berkaitan dengan kehidupan anak-anak SOLEH PINTAR GUA3..


Wallahua'lam...

...

G.K.W

SM IMTIAZ aLL-Terengganu, Terengganu, Malaysia
Untuk maklumat lanjut... Sila masuk ke page "Apa itu GKW?"

Join GKW!!